CEK ID FACEBOOK

Rabu, 19 Desember 2012

ANCAMAN DAN PENENTANGAN TERHADAP AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH






Oleh:
Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi (melaka)
Publiser : Von Edison Alouisci (Palembang,Indonesia)

1 Dibahas dalam Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008 anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Persatuan Ulamak Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka pada 3 April 2008M/26 Rabi‘ul Awwal 1429H di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.


  No. Telefon : 012-2850578
Email : m_shiq@yahoo.com
Website : - www.darul-hijrah.blogspot.com
www.abu-syafiq.blogspot.com
- www.darulfatwa.org.au



Penolong Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Shah Alam, Selangor
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dia-lah yang mencipta ‘arasy, langit dan bumi, Dia-lah jua Pencipta tempat, wujud-Nya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.


                                                                      1. MUQADDIMAH

Dewasa kini seringkali kita mendengar banyak golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Akan tetapi adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita pula menamakan mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah?
Kita jua ketahui bahawa ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jama‘ah yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya. Apakah mawqif ( فقوم ) dan peranan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah?
Ramai jua yang tahu peranan masing-masing tetapi mengabaikan tindakan segera atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti aqidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu aqidah yang menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi taraf insan yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jama‘ah.

Tidak pernah tahukah insan sebegini dengan sabda Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Ibn ‘Asakir dan Imam Abdariyy bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungkaran, tiada pula ia merubahkannya, maka Allah akan mengumumkan azab-Nya ke atas semua manusia.”
Terlupakah insan ini akan kata-kata yang sering diungkap oleh para ulama seperti Imam ‘Ali al-Daqqaq yang bermaksud:
“Senyap dari menyatakan kebenaran merupakan syaitan bisu.”
Semoga dari tulisan dan pembentangan ini dapat menguatkan lagi semangat kita dalam memperjuangkan agama Allah. Amin.


2. AQIDAH

2.1. Erti Aqidah Dan Kaitannya Dengan Amalan Salih
Aqidah membawa arti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan ini pula terbagi kepada dua yaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amala yang baik. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatat hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan keburukan. Justeru itu, perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan senda atau diremeh-remehkan. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdalilkan firman Allah :

“Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit.”(Al-Nisa’ ayat 124)

Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa saja amalan salih yang dilakukan orang lelaki maupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaannya dari Allah. Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud:

“Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (beraqidah dengan aqidah yang betul).”(Sahih al-Bukhariyy)

Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.


2.2. Para Ulama Mengutamakan Ilmu Aqidah
Oleh kerana pentingnya ilmu aqidah maka kita dapati seluruh para ilmuan Islam akan mengutamakan ilmu aqidah. Perkara ini dapat dipetik dari kenyataan Imam tertua di antara mazhab empat iaitu Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqh al-Absat ( طسبلأا هقف ) yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari mendalami ilmu fiqh.”

Kenyataan ini tidak bermakna kita tidak harus mempelajari ilmu fiqh langsung, akan tetapi Imam Abu Hanifah menerangkan kemuliaan mempelajari dan mengutamakan ilmu aqidah. Begitu juga para ulama yang lain mengutamakan ilmu ini seperti Imam yang menjadi pegangan mazhabnya di tanah air kita iaitu Imam Syafi‘iyy menyatakan yang bermaksud:
“Kami telah mendalami ilmu tersebut (aqidah) sebelum ilmu ini (fiqh).”

2.3. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah
Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih ( هيبشت ) atau tajsim ( ميسجت ) bagi Allah, mereka juga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
“Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya.”
Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
“Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali.”
(Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)

Ini menunjukkan bahawa Dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Ijma‘ para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq ( قارفلا نيب قرفلا ) halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:
“Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat.”
Demikian ijma‘ para ulama yang tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah ( ةمسجم ) dan musyabbihah ( ةهبشم ).

2.4. Aqidah Ulama Salaf (
فلس )

Ulama Salaf (bukan Wahhabi) adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300 Hijriyyah pertama. Kesemua ulama Salaf berpegang dengan aqidah bahawa:

Allah adalah Tuhan sekalian alam yang mencipta setiap sesuatu, wujud-Nya tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran, Maha Suci Allah dari dilingkungi dan diliputi oleh tempat, bahkan wujud-Nya tanpa berada di sesuatu tempat, bukan di langit wujud-Nya bukan di bumi pula tempat-Nya. Allahlah Pencipta ‘arasy, diciptakannya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya, bukan pula ianya dijadikan tempat bagi zat Allah. Kerana Dia Pencipta tempat maka Dia tidak memerlukan tempat.
Pegangan ulama Salaf pada ayat mutasyabihat ( تاهباشتم ) mengenai sifat Allah Ta‘ala pula kebanyakan ulama Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy “ يليصفت ” (terperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaliyy “ يلامجإ ” (menafikan makna zahirnya) dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah.
Akan tetapi wujud di kalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy ayat mutasyabihat seperti Imam al-Bukhariyy di dalam kitab beliau Sahih al-Bukhariyy ( يراخبلا حيحص ) mentakwilkan firman Allah di dalam Surah al-Qasas ayat 88:
“Wajah-Nya” bererti kerajaan-Nya.
Di sini akan dibawa sebahagian sahaja kenyataan dari para ulama Salaf termasuk para sahabat Nabi yang menunjukkan bahawa aqidah ulama Salaf antaranya adalah Allah wujud tanpa memerlukan tempat:

i. Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah iaitu Imam Sayyidina ‘Ali karramallahu wajhah wafat pada 40 Hijriyyah pernah berkata yang bermakna:
“Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat.”
Kenyataan ini dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy dalam kitab beliau yang masyhur al-Farq Bayna al-Firaq ( قارفلا نيب قرفلا ) pada halaman 256 cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ini memberi erti bahawa di antara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah Allah wujud tanpa bertempat iaitu tidak dilingkungi oleh sesuatu tempat mahupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam ‘Ali yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mencipta ‘arasy adalah untuk menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya.”

ii. Imam al-Syafi‘iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:
“Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya.”
Kenyataan Imam al-Syafi‘iyy ini dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha al-Zubaydiyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin ( نيقتملا ةداسلا فاحتإ ), juzuk kedua, mukasurat 36, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
iii. Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul ‘Aqidah al-Tahawiyyah ( ةيواحطلا ةديقع ) bernama Imam al-Hafiz Abu Ja‘far al-Tahawiyy wafat pada 321 Hijriyyah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15, cetakan Dar al-Yaqin yang bermaksud:
“Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang) seperti sekalian makhluk.”


2.5. Aqidah Ulama Khalaf

Ulama Khalaf adalah mereka yang hidup selepas 300 Hijriyyah pertama. Aqidah ulama Khalaf juga tidak terkeluar dari landasan al-Qur’an dan al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf, bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf, begitu jua sebaliknya. Cuma pada segi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah yang tertentu ulama Khalaf memilih cara penerangan yang lebih terperinci bagi mengelakkan anggapan yang bersifat tasybih atau tajsim pada sifat Allah. Contohnya ramai di kalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang selari dengan bahasa Arab dan layak bagi Allah serta mudah difahami oleh orang awam dan penuntut ilmu bertujuan menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah. Namun ada juga di kalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci.
Di sini akan disebut sebahagian sahaja kenyataan para ulama Khalaf bahawa Allah wujud tanpa memerlukan tempat:

i. Al-Hafiz Ibn Jawziyy al-Hanbaliyy rahimahullah wafat pada 597 Hijriyyah telah menyatakan di dalam kitab karangan beliau berjudul Daf’ Syubhah al-Tasybih (
هيبشتلا ةهبش عفد ) mukasurat 189, cetakan Dar Imam al-Nawawiyy:
“Sesungguhnya telah sahih di sisi ulama Islam bahawa Allah Ta‘ala tidak diliputi oleh langit, bumi dan tidak berada di setiap tempat.”

ii. Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazaliyy yang wafat pada 505 Hijriyyah menyatakan dalam kitab beliau yang masyhur berjudul Ihya’ ‘Ulum al-Din (
نيدلا مولع ءايحإ ):
“Dan Allah juga tidak diliputi oleh tempat dan Allah tidak diliputi arah enam dan Allah tidak pula dilingkungi oleh langit dan bumi.”
Rujuk kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Fi Syarh Ihya’ ‘Ulum al-Din ( نيقتملا ةداسلا فاحتإ حرش يف نيدلا مولع ءايحإ ), juzuk 2, mukasurat 36, cetakan Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah, Beirut. Maka ini bermakna antara aqidah ulama Khalaf adalah Allah wujud tanpa tempat.


2.6. KESEMUA ULAMA SALAF DAN KHALAF MENTAKWIL AYAT MUTASYABIHAT DARIPADA ZAHIRNYA

Ramai di kalangan para penceramah aqidah menyalahertikan perkara ini dengan mengatakan ulama Salaf tidak langsung mentakwilkan ayat mutasyabihat mengenai sifat Allah, hanya ulama Khalaf sahaja yang mentakwilkan ayat tersebut. Ini adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang sebenar kerana dari pentakwilan Imam al-Bukhariyy yang dinukilkan di atas serta takwilan beliau dalam Sahih al-Bukhariyy juga pada ayat 56, Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat mutasyabihat mengenai sifat Allah.
Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy di dalam Fath al-Bariyy Syarh Sahih al-Bukhariyy ( يراخبلا حيحص حرش يرابلا حتف ) pada menyatakan hadith al-dhahik “ كحضلا ” (ketawa) berkata:
“Al-Bukhariyy telah mentakwilkan hadith al-dhahik “ كحضلا ” (ketawa) dengan erti rahmat dan redha.”

Begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan ayat 22, Surah al-Fajr seperti yang diriwayatkan secara bersanad yang sahih oleh Imam Bayhaqiyy dalam kitab Manaqib Ahmad (
دمحأ بقانم ) dari Imam Ahmad:
Firman Allah: “Dan telah datang Tuhanmu” ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan: Telah datang kekuasaan Tuhanmu.
Antara ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy iaitu terperinci pada ayat 5 dalam Surah Taha adalah Imam Salaf Abu ‘Abd al-Rahman ‘Abd Allah bin Yahya bin al-Mubarak wafat 237 Hijriyyah dalam kitab Gharib al-Qur’an Wa Tafsiruhu ( هريسفتو نآرقلا بيرغ ) halaman 113, cetakan Mu’assasah al-Risalah, Beirut:
Firman Allah: “Al-Rahman di atas ‘arasy ber-istawa”, istawa di sini ertinya menguasai.
Di antara ulama Khalaf pula yang mentakwilkan ayat tersebut secara tafsiliyy adalah Imam ‘Abd al-Rahim bin ‘Abd al-Karim bin Hawazan atau lebih dikenali sebagai Imam al-Qushayriyy telah mentakwilkannya dalam kitab beliau al-Tazkirah al-Syarqiyyah ( ةيقرشلا ةرآذتلا ):
“Al-Rahman di atas ‘arasy ber-istawa”, istawa di sini ertinya menguasai, menjaga dan menetapkan ‘arasy.

Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar dan tidak menyimpang kerana kedua-duanya mentakwilkan cuma bezanya kebanyakan Salaf mentakwil secara ijmaliyy dan kebanyakan Khalaf mentakwil secara tafsiliyy.

2. ANCAMAN TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMA‘AH

Ancaman terhadap Ahli Sunnah datang dari pelbagai sudut, sama ada dari golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at) bagi mendapat ganjaran syahid dalam peperangan. Ini berdasarkan dari hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”

2.1. Fahaman Syi‘ah
Fahaman Syi‘ah jelas terkeluar dari aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, kerana percanggahan dari pelbagai sudut dan yang paling asas dalam soal-soal aqidah. Sebahagian contoh kesesatan Syi‘ah dalam aqidah:
i. Imam adalah ma‘sum ( موصعم ).
ii. Para sahabat menjadi kafir kerana tidak melantik ‘Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Nabi salla Allah ‘alayh wasalllam.
iii. Hanya berpandukan Qur’an dan hadith versi mereka.
Sebahagian contoh percanggahan dalam furu‘ ( عورف ):
i. Nikah mut‘ah ( ةعتم ) dihukumkan halal dan bercanggah sama sekali dengan ijma‘ ulama.
ii. Tidak menerima qiyas ( سايق ).
iii. Tidak menerima ijma‘ ( عامجإ ).
iv. Hukum agama hanya untuk orang awam dan bukan Imam.
v. Dan lain-lain.

2.2. Fahaman Wahhabiyyah (
ةيباهو )

Sejarah Ringkas Ajaran Wahhabi

Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri.
Saudara kandungnya Syeikh Sulayman bin ‘Abd al-Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulayman tersebut: Fasl al-Khitab Fi al-Radd ‘Ala Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ( باهولا دبع نب دّمحم ىلع درلا يف باطخلا لصف ) dan al-Sawa‘iq al-Ilahiyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyah ( ةيباهولا ىلع درلا يف ةيهللإا قعاوصلا ).
Bapanya juga iaitu ‘Abd al-Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama:
Ancaman Dan Penentangan Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah | 11


“Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ini”.
Sebagai bukti sila rujuk kitab al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah ( ةلبانحلا حئارض ىلع ةلباولا بحسلا ) cetakan Maktabah Imam Ahmad, muka surat 275. Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi
Mufti Mazhab Hanbaliyy, Muhammad bin Abdullah bin Hamid al-Najdiyy (1225H) menyatakan dalam kitabnya al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah ( ةلبانحلا حئارض ىلع ةلباولا بحسلا ), muka surat 276:
“Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh.”


Mufti Mazhab Syafi‘iyy, Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) yang merupakan tokoh ulama Makkah pada zaman Sultan ‘Abd al-Hamid menyatakan dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyyah ( ةيباهولا ىلع درلا يف ةينسلا رردلا ), muka surat 42:
“Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik.


Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Ta’if. Sila rujuk kitab Umara’ al-Balad al-Haram (
دلبلا ءارمأمارحلا ), muka surat 297 – 298, cetakan al-Dar al-Muttahidah Li al-Nasyr.

Tokoh Wahhabi, ‘Abd al-Rahman bin Hasan Al al-Syeikh mengkafirkan golongan al-Asya‘irah yang merupakan pegangan umat Islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tawhid ( ديحوتلا باتآ حرش ديجملا حتف ) muka surat 353 cetakan Maktabah Dar al-Salam Riyadh.

Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Salih bin Fawzan al-Fawzan turut menghukum golongan al-Asya‘irah sebagai sesat aqidah dan bukan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam (
ملاسلإا يف نيددجملا رهاشم نم ), muka surat 32, cetakan Ri’asah ‘Ammah Li al-Ifta’ Riyadh.
Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama Islam bahkan umat Islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya:
“Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik.”

Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan ibu Bani Adam iaitu Sayyidatuna Hawwa dengan kenyataannya:
“Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawwa.”
Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad al-Qanujiyy antara yang hampir dengan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya al-Din al-Khalis ( صلاخلا نيدلا ), juzuk 1, muka surat 140 dan 160, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Maka fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama membongkar untuk diperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini turut bertunjang kepada pemikiran Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Kharijiyy (al-Jawziyy) antaranya:
i. Membawa konsep bid‘ah ( ةعدب ) yang bercanggah dengan jumhur ulama.
ii. Mempromosi bid‘ah dalam usul “ لوصأ ” (aqidah) dan furu‘ ( عورف ).
Ancaman Dan Penentangan Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah | 13

Percanggahan Dalam Masalah Aqidah:

i. Membawa kaedah tawhid “Tiga T”; Tawhid Uluhiyyah (
ةيهولأ ديحوت ), Tawhid Rububiyyah ( ديحوتبروبةي ) dan Tawhid Asma’ Wa Sifat ( تافصو ءامسأ ديحوت ), penyelewengan mereka dalam hal tersebut adalah kerana membeza-bezakan antara Tawhid Uluhiyyah dengan Tawhid Rububiyyah sehingga menghukum kesemua orang kafir juga beriman kepada Allah serta menetapkan Tawhid Asma’ Wa Sifat dengan erti yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sejati bahkan lebih menjerumus kepada aqidah tajsim yang ditolak oleh ulama Islam, pembahagian tawhid mereka tersebut tidak pernah wujud di dalam sejarah ilmu tawhid Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tulen.

ii. Membawa fahaman “tajsim” dan “tasybih” iaitu menjerumus kepada menjisimkan Allah dengan mengatakan Allah itu adalah jisim dan menyamakan Allah dengan makhluk seperti menyifatkan Allah dengan sifat mulut, telinga, bayang-bayang dan selainnya dari sifat yang tidak pernah Allah nyatakan dalam al-Qur’an mahupun al-Hadith.

iii. Menolak pengkajian sifat dua puluh (20).

iv. Menghukum syirik amalan tawassul (
لسوت ), tabarruk ( كربت ), ziarah kubur dan istighathah ( ةثاغتسإ).

v. Mengkafirkan dan mem-bid‘ah-kan ramai ulama-ulama yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ariyy, perumus aliran Ahli Sunnah Wal Jama‘ah, Imam Nawawiyy dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy turut dihina oleh kelompok Wahhabi.

vi. Mengelirukan pengertian ta’wil (
ليوأت ), ta‘til ( ليطعت ) dan tafwid ( ضيوفت ).

vii. Mendakwa dari golongan Salaf.

viii. Mendakwa sesiapa yang mentakzimkan Nabi Muhammad membawa kepada syirik.

Percanggahan Dalam Furu’ Iaitu Cabangan Agama:
i. Menganggap talqin sebagai bid‘ah sesat.
ii. Mengganggap amalan tahlil, Yasin, kenduri arwah sebagai bid‘ah sesat.
iii. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
iv. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
v. Menggangap lafaz sayyiduna “ انديس ” (taswid “ ديوست ”) dalam solat sebagai bid‘ah sesat.
vi. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
vii. Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid‘ah sesat.
viii. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan hadith sebagai bid‘ah sesat. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid‘ah yang haram.
ix. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
x. Menolak sambutan mawlid nabi, bahkan menolak cuti sempena hari mawlid Nabi Muhammad bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlid Nabi dengan perayaan Kristian.
xi. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama mereka menyeru agar makam Rasulullah dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.
xii. Menganggap amalan menziarahi makam Rasulullah, para anbiya’, awliya’, ulama dan salihin sebagai bid‘ah sesat lagi syirik. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang muktabar.

2.3. Gerakan Al-Arqam
Gerakan yang muncul pada awal 70an dengan membawa mesej dakwah kononnya ala Sufi. Diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad yang berasal dari Pilin, Negeri Sembilan.
Sehingga diharamkan pada 5 Ogos 1994 setelah ketua gerakan ini dapat ditahan di sempadan Thailand. Fahaman yang bercanggah, di antaranya:

i. Penambahan pada syahadah di awal awrad (
داروأ ) dengan ayat yang berbunyi “Muhammad al-Imam al-Mahdiyy khulafa’ Rasulillah” ( للها لوسر ءافلخ يدهملا ماملإا دمحم ).

ii. Menghubungkan awrad dengan pencak (silat) seru atau juga disebut sebagai silat sunda. Setelah diseru, seseorang itu dapat bergerak untuk bersilat dengan sendiri.
iii. Pengikut gerakan ini mempercayai Abuya dapat berbincang dengan Malaikat Maut untuk merunding cara ketentuan ajal ahli jemaahnya .
iv. Gerakan al-Arqam secara terang-terangan meyakini Sheikh Suhaimi yang dilahirkan pada 1259 di Bandar Sudagaran Daerah Wonosobo yang telah meninggal dunia dan dimakamkan di Jalan Banting akan kembali semula sebagai Imam al-Mahdi yang ditunggu-tunggu.
v. Mereka juga berkeyakinan bahawa Abuya Ashaari Muhammad adalah pemuda Bani Tamim yang akan membawa panji-panji Imam al-Mahdi.

Al-Arqam Dan Minda.
Minda mengikut pendapat orang-orang Arqam ialah pemikiran Ashaari yang dianggap sebagai ilham atau wahyu. Salah seorang pemimpin mereka berkata minda Abuya adalah pemikiran yang relevan dengan masa kini sementara kitab-kitab para ulama adalah sudah basi (ketinggalan zaman).
Maryam Abbas ada berkata bahawa minda Abuya berfungsi sebagai pentafsir kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.

Dakwaan Terkini.
i. Tongkat power. Mereka meyakini bahawa Asyaari dikurniakan karamah oleh Allah yang ingin dikongsi dengan para pengikutnya. Maka beliau memasukkan barakah-nya (power) ke dalam tongkat.
ii. Budi bicara Abuya dalam hal kematian. Orang-orang Arqam mempercayai Abuya mereka boleh menjadi penimbang cara bila Malaikat ‘Izra’il ingin mencabut nyawa pengikutnya.
iii. Orang-orang Arqam dikehendaki sentiasa berzikir dengan nama Abuya…Ustaz Ashaari pemuda Bani Tamim… di dalam aktiviti harian.
iv. Mengadakan majlis pengampunan dosa.

2.4. Hizb Al-Tahrir (
ريرحتلا بزح )
i. Pengasas – Taqiyuddin al-Nabhaniyy. Berasal dari Palestin dan telah berhijrah ke Lubnan.
ii. Di Lubnan tinggal di Ra’s al-Naba’ pada akhir tahun 50an.
iii. Dia merasakan dirinya sebagai Amir al-Mu’minin dan menamakan isterinya Lami’ah Umm al-Mu’minin.
iv. Mempunyai 3 orang anak: Taj, Usamah dan Ibrahim.
v. Mendakwa anak yang pertama sebagai pemerintah Syam, yang kedua pemerintah Iraq dan yang ketiga pemerintah Mesir.
vi. Pergerakan ini banyak di United Kingdom.
vii. Mengkafirkan pemerintah Muslim di mana-mana juga dunia Islam.
viii. Beraqidah seperti orang Mu‘tazilah, dengan meyakini segala perbuatan hamba adalah hasil ikhtiar hamba dan tiada kaitan dengan Allah. Dengan kata lain af‘al ( لاعفأ ) hamba bukan ciptaan Allah. Tiada kaitannya dengan qadha’ dan qadar. (Kitab al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah).
ix. Hidayah dan kesesatan adalah dari hamba dan tiada kaitannya dengan Allah. (al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah/kitab Nizam al-Islam).
x. Ma‘sum bagi para Anbiya’ adalah setelah dilantik, mereka sebelum dilantik adalah tidak ma‘sum, dengan kata lain mereka terdedah dengan segala dosa. (Kitab al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah).
xi. Majlis Syura mereka berhak memutuskan untuk keluar dari mematuhi pemerintah berdasarkan pemerintah yang ada, fasiq yang nyata. (Kitab al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah/Dustur Hizb al-Tahrir).
xii. Sekiranya pemerintah yang ada bercanggah dengan Syara‘ dan tidak berkemampuan untuk menegakkan pemerintahan yang Islam berkewajipan keluar dari mematuhi pemerintah. (Nizam al-Islam). Di dalam aqidah Ahli Sunnah, wajib mematuhi pemerintah sekalipun zalim dan fasiq amal.
xiii. Barangsiapa tidak mem-bay‘ah khalifah, mati dalam jahiliyyah. Didasari dengan katanya Nabi mewajibkan setiap orang Islam mem-bay‘ah khalifah. (al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah).
xiv. Orang-orang Islam semuanya berdosa besar kerana gagal untuk melantik khalifah. Dan masa yang dimaafkan 2 malam, dan kalau malam yang ke-3 gagal, maka berdosa. (al-Dawlah al-Islamiyyah).
xv. Sebenarnya mereka mengajak kepada orang ramai untuk mem-bay‘ah pemimpin mereka Taqiyuddin al-Nabhaniyy.
xvi. Perjalanan (safar) untuk melakukan maksiat adalah tidak berdosa, melainkan setelah melakukan perbuatan itu.
xvii. Mengharuskan salam dan bercium pipi bersama perempuan yang ajnabiyyah (bukan mahram).
Ancaman Dan Penentangan Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah | 17
Pelbagai lagi golongan yang tidak mengikut bahkan terkeluar dari aliran sebenar Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Semoga Allah menyelamatkan dan menetapkan iman sebenar di dalam hati kita.

PENUTUP
Ketahuilah bahawa ilmu agama Islamlah menjadi asas kepada segala penyelesaian. Dalam keperitan umat Islam dan ulamanya menghadapi tentangan dan ancaman yang datang dari agama luar, umat Islam turut memikul tanggungjawab menyelesaikan permasalahan yang terbit dari dalam, maka ilmu agamalah merupakan satu-satunya langkah terawal yang perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar muslim dan ilmu tersebut adalah ilmu aqidah bertepatan dengan kenyataan Nabi kepada umat ini Nabi kita Nabi yang tercinta telah bersabda:
“Tuntutlah ilmu, sesungguhnya ilmu diambil dengan belajar.”
dan Rasulullah turut bersabda:
“Janganlah kamu menuntut ilmu untuk menghina ulama Islam, janganlah kamu menuntut ilmu untuk mengutuk orang-orang jahil dan janganlah kamu menuntut ilmu bertujuan agar manusia memuji kamu, barangsiapa yang melakukan sedemikian maka dia dalam api neraka.”
(Riwayat Ibn Hibban)
Dengan ilmu dan amal serta mencegah dari kemungkaran juga ber-istiqamah dalam amalan ma‘ruf kebaikan maka yakinlah bahawa kita telah hampir berada dalam kejayaan. Semoga kita dianugerahkan syurga oleh Allah Ta‘ala. Amin ya Rabb al-‘Alamin

0 komentar:

Posting Komentar

Alqur`an terjemah
Admin Von Edison alousci

 
Design by Blogger Themes | Bloggerized by Admin | free samples without surveys